MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Thursday, June 6, 2013

MENU MASAKAN 5


Snow Cheese Cake

Bahan-bahan

6 biji       telur ayam (buang 2 putihnya)
100gm   gula halus
100gm   tepung hong kong/blue key superfine/ self rising flour
60gm     tepung jagung (maizena)
50ml      air sejuk dari peti ais
1 sk        baking powder
2sb         ovellet
75gm     mentega (dicairkan dgn api)
Esen vanilla


Untuk krim
1 kotak cream cheese Philadelphia/cream cheese
1 cawan susu pekat
(satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul)

Untuk topping
½ kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara-cara

1.       Masukkan semua bahan kecuali mentega cair dan putar.
2.       Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Akhirnya masukkan mentega cair. Putar sehingga kembang.
3.       Sediakan acuan dengan kertas minyak atau telah disapu dengan sedikit butter.
4.       Bakarkan dengan api atas dan bawah dengan suhu 150o selama 45-1jam
5.       Apabila te;lah masak, biarkan sejuk. potongkan kek kepada dua bahagian atas dan bawah.
6.       Sapukan krim cheese diatas separuh kek tadi, kemudian letakkan semula separuh kek ke atsnya.
7.       Sapukan kesemua krim di seluruh bahagian kek agar ia ditutupi.
8.       Taburkan cheese kraf yang telah diparut pada keseluruhan bahagian kek tersebut sebagai toppingnya.
9.       Masukkan dalam peti ais diantara 30 minit hingga 1jam sahaja.
·         Semasa kek dibakar, sediaan krim turut boleh disimpan dalam peti sejuk.










No comments:

Post a Comment