MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Thursday, June 6, 2013

MENU MASAKAN 4


Rojak Tepung
Bahan-bahan Kuah
10-15 tangkai cili kering
40g kacang tanah, goreng dan kisar halus
60g biskut tawar, kisar halus @ biskut cream
3 camca besar gula melaka
6-7 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan *
1 biji bawang besar *
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih * (*dikisar halus)

Bahan-bahan tepung (cucur)
2 cawan tepung gandum
1 camca besar yis segera
3 camca the gula halus
½ camca the garam
½ camca the serbuk kunyit @ pewarna kuning
Air secukupnya

Bahan-bahan lain
Timun dihiris
Sengkuang dihiris
Tauhu, goreng dan dihiris
Telur, rebus, goreng danbelah
Tempe goreg dan potong
Kentng rebus empuk, goreng dan belah
Salad dikerat2
Ayam goreng
Mee kuning dicelur
Kangkung dicelur
Taugeh dicelur

Cara membuat
1.       Untuk cucur
Satukan semua bahan cucur kecuali air, kacau rata. Tuang sedikit2 air agar tidak terlalu pekat. Seperti bancuhan sekodok. Perap 1 jam. Goreng sehingga masak.

2.       Kuah
Cili kering dicuci bersih dan ditoskan. Goreng hingga harum. Kisar lada tadi dgn bahan2 bertanda* hingga halus. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga harum. Masukkan air dan biarkan mendidih. Tambahkan kacang kisar, biskut kisar dan gula melaka. Kacaukan rata dan perasakan dengan garam secukupnya. Tambahkan sedikit lagu gula pasir, masak sehingga pekat.

No comments:

Post a Comment