MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Sunday, October 28, 2012

Maaf Yang Ada Makna..

hampir tamat perjalanan aku di IPG ini, banyak perkara yang telah melakari perjalanan hidup ini. bukan mudah untuk menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang silih berganti setiap hari. hanya dengan kesabaran dan ketabahan hati yang menetapkan jiwa ini sentiasa ingat kepadaMU ya Allah.
sukar digambarkan kegembiraan yang bakal ku gapai. mengakhiri dunia penuh dengan peperiksaan serta hiruk pikuk masyarakat sekeliling.

beberapa tapak sebelum meningglkan IPG aku masih berasa sedih mengenagkan peristiwa perit dan manis yang telah ku hadapi. penghinaan, cacian, pemulauan, kritikan, ketidakpercayaan serta kelemahan diri yang terjelma selama ini telah ku gulungkan untuk dijadikan sejarah yang membawa pengajaran dalam hidup ini.

kenangan manis juga tidak kurang banyaknya telah membuka minda dan jiwaku untuk berjiwa besar agar mengorak lebih cergas kelak. nanti hari perpisahan akan menjelma, kami semua akan berkumpul bersama...
aku mengharapkan tiada sikap hipokrit disitu. sekadar mengharapkan keihlasan dari semua dalam menuturkan maaf kepada sesama kita. jangan dijadikan perpisahan akhir ini sebagai trend untuk menyebut perkataan maaf tersebut.. sewajarnya kita sentiasa bersedia memohon maaf dari segala tindakan kita yang selama ini telah mengguris hati dan perasaan orang lain. sikap kita yang gopoh menindas perasaan, menengking sesuka hati, mengetepikan untuk kepentingan sendiri, menabur fitnah, manabur janji serta culas dalam tanggungjawab selama ini perlulah kita muhasabah diri.

jangan kerana perpisahan ini kita menangis sementara sengaja mewujudkan kesdihan yang tiada keihlasan. bagi aku, sekiranya kita ikhlas memohon kemaafan adalah setelah kita melakukan kesilapan tersebut bukan menanti selam ini memohon kemaafan. hati itu kita biarkan terlalu lama terluka dan kini kita hipokrit meminta kemaafan.

ayuh sedarlah manusia, kita hamba Allah yang serba lemah dan daif. tadahkan tangan mu mohon ampun diatas dosa yang kita telah lakukan. bersungguh-sungguhlah wahai sahabatku dalam membuat perubahan. nasihat kepada diri saya sendiri agar pandai membawa diri, hormati rakan serumah, berkomunikasilah dengan baik, hargailah mereka, laksanakan tugas bersama-sama, mudahkanlah komunikas jangan wujudkan tirai pemisahan.
tidak pernah terfikir hati manusia berbezabeza... sungguh aku cuba menerima semua ini dengan lapang dada walaupun kadangkala aku terdiam berfikir dan terus berfikir....
maaf bukanlah dari mulut namun perlu dari hati. maaf yang diberi tidak akan mendatang manfaat sekiranya kita masih sama membuat kesilapan seperti dulu. terlalu ego dengan kesempurnaan yang dimilki, berasa terlalu senag bergaul dengan rakan-rakan yang hebat. nah, memang aku mendoakan kesejahteraan untuk semua. hidup ini baru bermula bagiku, aku memerlukan sokongan yang ikhlas dari semua.

kepada golongan yang sering menghina dan merendahkan diri ini, aku redha dengan kedaifan diri ini. aku menerima semuanya walaupun pahit untuk ku telan. seketika nanti kita akan berpisah dan mungkin entah bila akan berjumpa semula. aku mengucapkan banyak terima kasih diatas teguran itu selama ini banyak meresahkan jiwa dan menitiskan air mata dalam hati ini. aku belajar dari sikap diri ini dan orang sekeliling. aku sedar bahawa jangan sesekali mengulangi kesilapan yang sama. aku juga mengingatkan kepada yang lain agar sentiasa sedar bahawa dunia ini bukan milik kita sahaja namun ia dihuni oleh pelbagai makhluk yang sentiasa memerlukan perhatian. sesuangguhnya maaf itu bukan mudah untuk diberikan.... namun sekiranya kita dapat maaf itu hargailah ia.......

Ilmu yang kita miliki tidak menggambarkan diri kita sebenar sekiranya kita tidak mempraktikkannya. usah anda mengatakan anda dari golongan agama, kelulusan tinggi langit, pencapaian itu dan ini sekiranya sikap anda terlalu kotor untuk diterima. sedarlah... sedarlah wahai kaumku semua... esok masih ada, Allah itu Maha Adil, setiap apa yang kita kerjakan pasti mendapat balasan kelak.....

aku bahagia kerna akhirnya dapat ketemu semula keluargaku yang jauh. mereka memahami diriku. menyokong, dan memberi semangat kepada diriku. mereka sumber kekuatanku selama ini. aku sedar sejak akhir ini aku banyak berubah. aku berubah kerna terpaksa, keadaan mendesak diriku untuk berbuat demikian. tiada kata lain boleh aku ucapkan. aku hanya tersenyum walaupun hati tetap berparut. teringin benar aku hilangkan parut itu, namun kesilapan yang sering diulang2 mendalamkan parut yang tersedia ada...

aku yakin ya Allah, engkau maha mendengar keluhan hati ini. engkau memahami emosi diriku. sesekali aku tidak pernah meminta keadaan sebegini, namun aku terima kerana pasti ada hikmah yang tersirat. hidup ini satu perjuangan yang baru bermula.

No comments:

Post a Comment