MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Monday, June 18, 2012

PESONA KAGUM 2012

menjejakkan kaki di bumi Perlis terasa satu perasaan luar biasa menyelinap dalam diri apabila menyimpan harapan membawa nama IPG ke peringkat kebangsaan dalam nyanyian solo.

pelbagai fikiran berderetan diminda memikirkan kualiti suara yang bakal dipersembahkan. sudah seminggu aku tidak menghirup air ais bagi menjaga suara...

latihan.. baru bermula tiada yang istimewa biasa saja dan relax tiada tekanan. lagu sedetik lebih nyanyian anuar zain bakal ku lontarkan dihadapan 27 orang juri profesional. sungguh gementar...

latihan hari itu menjuruskan aku untuk mendendangkan melodi lebih harmoni dan bernada lembut..tiada bahagian tarik perlu diusahakan.. just tenag dan bersahaja... aku menerimanya walaupun aku tahu kepentingan bahagian tersebut bakal mempengaruhi juri kelak... aku tidak banyak membantah...

sangat bagus.. kata pengurusku... hati berbunga... namun kerisauan masih melanda dalam diri kerana merasakan dibayangi oleh anuar zain dalam setiap lontaran vokal

kakak KPLI menjadi penonton pertama aku ketika itu dibilik muzik.. malu.. sudah biasa. tepukan diberikan senyuman dilemparkan aku lega... cuma satu kekurangan agak malu... mata perlu lebih fokus. pengurus aku lalu backup.

berada di dewan perlis itu biasa saja. cuma pengurusannya seperti sedang bertanding untuk pertandingan nescafe pula... gementar. semua peserta yang aku kenali kelihatan serius. ada juga yang psikoo.

menjejak kaki diatas pentas, muzik dialunkan.. vokal dilontarkan lembut. penonton bertepuk dan mengangguk.. rehearsal yang sungguh mengujakan... oops... aku terlalu tempo dek nafas yang tidak kesampaian... pengurus risau....

malam itu hari sebenar. sebagai peserta ke 8 satu yang sederhana. berbaju putih melangkah perlahan dan tunduk hormat.

penonton bersorak riang... semangat itu ada. muzik kuat, monitor seakan tdak berfungsi. terus dilontar suara lembut...ops..lirik ku silap... ku teruskan... senyuman dan gerak badan dialun mengikut tempo. lirikan mata juga mendapat tepukan audien..

aku tamatkan dendangan tersebut dengan senyuman... tepukan diberikan. ucapan tahniah dihamburkan dari pihak pengurusan. apa pun akhirnya aku menjadi 10 peserta terbaik walaupun tidak dapat ke final.

No comments:

Post a Comment