MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Monday, October 3, 2011

TEKNIK DALAM BILIK DARJAH (sticky tape)


seterusnya teknik yang boleh disesuaikan dalam bilik darjah Malaysia mengikut keadaan,

teknik sticky tape sebenarnya sangat mudah...

teknik ini ditujukan kepada murid yang kerap kali melukakan hati rakan yang lain...

apa yang guru boleh lakukan..ambil sekeping kertas, koyakkan dihadapan murid tersebut

tanya murid itu bagaimana ingin menyambungkannya semula, mungkin dia mengatakan tidak boleh

jangan kecewa, berikan dia soletep(sticky tape)- suruh dia sambungkan kertas tersebut dengan elok

apa yang ingin disampaikan disini adalah , rid memahami bahwa apabila sekeping kertas dikoyak ia membawa pengertian kesakitan yang dirasai oleh hati murid yang dihina/ diherdik( terang kepada murid berkenaan secara positif dan bijaksana)

setiap manusia memerlukan pujukan dan penghargaan dari orang lain... maka analogi meminta maaf diumpamakan dengan menyambungkan semula kertas terkoyak dengan sticky tape- terang kepada murid tersebut bahwa kita seharusnya ringan mulut untuk meminta maaf dan cuba tidak mengeruhkan keadaan dengan melakukan sesuatu yang positif....

kaedah ini mungkin berjaya atau tidak tapi pendekatan yang lemah lembut dengan intonasi suara boleh membantu ia mencapai objektif. kalau boleh rendahkan posisi badan guru dengan bertinggung di samping murid...

selamat mencuba- usaha tangga kejayaan

nantikan teknik seterusnya!!

No comments:

Post a Comment