MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Tuesday, August 30, 2011

HARI RAYA AIDILFITRI- mengapa disambut?


PERAYAAN TRADISI

i)NAMA PERAYAAN/NAMA LAIN

Nama hari Raya Aidilfitri berasal daripada bahasa Arab iaiatu Ayd al-Fitr.Nama lain bagiHari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau HariLebaran. Ia jugadinamakan Feast of the Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran( Indonesia), ShemaiEid( Bangladesh), Ramazan Bayrami( Turki).

ii)PIHAK/ETNIK/KAUM YANG TERLIBAT

Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaanini ialah seluruh Umat Islam di seluruhdunia.Di Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan Aidilfitri ialah kaum Melayuyang beragama Islam.

iv)TUJUAN PERAYAAN

Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapatmengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.Kemenangan itubukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan danminum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaanmenghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di manasekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.

LATAR BELAKANG

i)SEJARAH/ASAL USUL PERAYAAN

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Bagindamendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. ApabilaRasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawabbahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turuntemurun

daripada

datuk

nenek

mereka.Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikandua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Rayakorban

atau

Aidiladha

dan

Hari

Raya

Fitrah

atau

Aidilfitri.Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan.Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan ituadalah satu ibadat.Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapatmengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan sajamenang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada sianghari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkaradilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allahmenganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripadakemenangan itu.Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusiabalik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadianmanusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

ii)UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAAN

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari rayaitu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hariraya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan

solat sunat, bertasbih, bertakbirdan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.Dalam

sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:

Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik

dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan

mati, iaitu hari kiamat.”Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-

siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkanukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.Perludiingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampaubatas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnyamelakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-matauntuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.Pada zamanRasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, katasahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.”Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana

saya tidak ada baju baru."Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain,

agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna

Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajarandaripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik denganmempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan denganbersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.Konsep hari raya selalunyadikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secaraberlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun danbunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakatkita hidup dalam kemewahan.Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepadasaudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.Satulagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya.Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu.Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata denganharapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan danprasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu.Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.Menyentuh soal wang ini, satukewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialahzakat

fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang

tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkansyariat.Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihatbeberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang.Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangandan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama

iii)INDIVIDU YANG MENGETUAI UPACARA KHUSUS

Individu yang akan mengetuai upacara solat raya ialah imam.Di rumah,individu yang

akan mengetuai upacara ialah tuan rumah atau orang yang lebih tua.

1 comment:

  1. SEMOGA MEMBERI MANFAAT DAN PENGAJARAN KEPADA KITA SEMUA.ALLAH MAHA BESAR.

    ReplyDelete